Assalamualaikum..
Korang minat sejarah ke tak...? aku minat laa jugak... aku tau banyak lagi org tak tau asal usul kuching nie.. So ari nie aku citer sket pasal sejarah Kuching la yerr.. Bukan kucing yg korang pelihara tu.. nie Bandaraya Kuching... Dan bukan jugak Dewan Bandaraya Kuching...... Dh sedia ke blom.. aku dh nk mula dh nie...
Permulaan citer
Untuk dijadikan sejarahnya menurut sumber alam yang di perolehi.. penamaan Kuching nie sebenanya datang dari nama sebatang sungai kecil yang mengalir di antara Muzium Cina dengan Kuil Tua Pek Kong.... yang ada di waterfront tuu.. Tapi sungai nya skang nie takde lagi dh.. sebab dh di litupi oleh batu batan..... sambong citerr, dan penamaan Sungai Kuching nie plak kebarangkalian memperolehi namanya daripada Kuching Hutan yang kerap menghampiri sungai tersebut yang mana bukan secara kebetulan sungai tersebut juga berhampiran dengan sebuah bukit yang banyak ditumbuhi oleh pokok.... pokokk apaa? cuba korang teka??...Pokok togeyyy? korang silap.. Ia adalah pokok Buah Mata Kucing dan lantaran itu juga bukit tersebut dipanggil Bukit Mata Kucing... Tu maseh lagi sampai skarang nie.. yang korang lepak makan di Bukit Permata tu.. situ laaaa... Nanti aku bawak korang lepak situ plak... Bebalik cerita ceriti kiter..
Bagaimanapun untuk makluman sekalian bukti2 lama menunjukkan bahawa Kuching telahpun dikenali dengan nama tersebut semenjak datangnya Pengembara Inggeris yang korang kenali sebagai JAMES BROOKE dalam tahun 1839 lagi dan bukannya James Kemut.... Cewahhh bunyi macam ahli kelab sejarah jer aku nie... makasehh.... Untuk mengkompiuskan korang lagi ada pendapat lain mengatakan pada zaman pemerintahan BROOKE, Kuching memainkan peranan penting dalam aktiviti perdaganagn Indo-China serta Asia Pasifik. Kedudukan Kuching yang terletak di selatan kepulauan Borneo merupakan kedudukan satu lokasi strategik bagi dijadikan pelabuhan persinggahan oleh pedagang2.. Indo-China. Sebab itu laaa ada teori mengatakan bahawasanya BROOKE mengambil nama Kuching dari perkataan "Cochin" yang membawa maksud pelabuhan.... Gitu laaa serba sedikit maklumat yang boleh aku ketengahkan.. yang tak di tengah tu kuketepikan laa yerrr.. Selamat Datang Ke Cochin Sarawak...... Peace..
0 comments:
Post a Comment
PADAH JAK PAPA.. KU X HERAN!!!