About

Assalamualaikum.. Hi! Check it out!!!!! welcome to my new Blog World !Well, not exactly new, it’s still me.. In case you haven't noticed this entire website has been completely reworked and redesigned thanks to me.. :) This has been quite a learning experience, designing this site and getting it up and running. Jumping over from my old home at Blogger was a little bit scary, but it has been a lot of fun. I hope you enjoy and like it as much as I do!!! Peace! Now Let me take you for a tour of all the cool stuff (or I think it's cool anyway) Come on in and have a look around! Read more about me »

Kool Biz City

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit Featured Work

Keep in touch

RSS Feed Twitter Facebook

Subscribe via email

Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Isnin 13 Julai 2009 Perjalanan Ku

Monday, July 13, 2009 0 comments

Konichiwa....... Selamat pagi untuk korang.... Alhamdulillahh untuk nikmat umur, nikmat nafas, nikmat hidup, nikmat bahagia dan nikmat agama... sebagai makhluk kecilNya.. aku bersyukur kerana anugerah yang di berikan oleh Allah ini...... korang pun patut besyukur gak... selagi kita hidup, selagi itu kiter nie disayangi Allah sebab masih diberi peluang untuk beramal.... korang tenung-tenungkan laaa ekk...

Untuk permulaan minggu nie kiter mulakan dgn Bismillah... tol la tuu... apa2 pekerjaan mesti dimulakan dgn bismillah... kn dpt berkat...

Episod harie nie bertajuk.. Kau Ilham KU....(takde kena mengena punn) Ok laa kiter akan teruskan perjalanan yang berbilang kaum kiter ke "INDIA STREET" plak.. ataupun korang bleh panggil Lebuh India.... tpi orang sini panggil India Street....Jadi korang ikut je la yerr... Semasa dalam perjalanan korang tuu dari lokasi kiter minggu lepas iaitu dari "China Town", korang akan nampak bangunan-bangunan lama seperti Pejabat Pos, Mahkamah lama dan yang seangkatan dengannya.. sejarah tuuu... jadi korang "take note"... jarak China ke India nie tak jauh punn.. so takyah la bazir duit korang nk pakai "Flight" ke teksi ke...... kalau tak sampai jugak tuu.. memang kompom la korang sesat....



Kan dah sampai dh...... Bukan cheong trading laa..... tu yang kat atas tu.. "India Street".... Selamat sampai laa koranggg... kalau aku bawak korang guna jalan waterfront tadipun kiter pun sampai gak... pandai2 korang nk guna yang mana satu ekk.. dari "China Town" ke, "Main Bazaar" ke..ataupun "Waterfront ke" jarak lebih kurang jerr.... korang grenti sampai....




Nie laa rupa bentuk pintu masuk Lebuh India Kiterr.. walaupun tak berpintu... jadi korang tak payah laaa susah-susah nk carik pintu.. dh memang sah tak bepintu... Sini bila masok jer korang seolah olah berada di Jalan Chow Kit di Kuala Lumpur yang penuh dengan ragam (ram si garam ram rep)... hehee.. selingan jap.. tu permainan aku masa kecikk... aku rase macam nk sebut jadi aku sebut je laaa... tu macam lat talilat tamplong jugak... tol kee? macam tahi lalat je bunyinyerr... hehe.. abaikan je laaa.. aku bukan nk citer pasal tahi lalat punn..... Kiter teruskan subjek teras kiterr.. oww yerr.. sini kire macam chow kit gak, walaupun dalam gambar nie takde banyak orang.. sebab bukan masa puncak.. kalau dah sampai masa puncak tu.. berpuncak-puncak laa korang nanti... tu baru menuju puncakkan..





Di "India Street nie" yang menyebabkan orang ramai gi adalah kain, kain, kain, dan kain lagi. kalau tyme perayaan tu.. sini laa paling meriahh.... Sesiapa yang nk beli kain tu sini laa tempat korang nanti.... Macam-macam laa kain ada.. tapi, bukan setakat kedai kain jerr.. kedai pakaian pun melambak.. kedai makan....So korang tak yah laaa nk kemana2 sini pun dh kire cukup dh untuk korang membeli dan korang belah..







Di antara hiruk pikuk, haru biru, porak peranda kedai Nombor 37 dan 39 tu terdapat sebuah lorong kecik yang begitu strategik menarik minat sesiapa yang melaluinya.... melalui lorong-lorong sempit ini kiter akan terdengar sayup2 orang membaca Al Quran.. di situ laaa berdirinya Masjid tua India-muslim yang dibina pada 1850...... siapa sangka dalam keadaan persekitarannya yang di kelilingi oleh kebingitan bunyi bising, terdapat Masjid di tengah2nya...... alangkah indahnya suasana bila Masjid turut meriah seperti diluar sana......... emmmmmmmm...











Nie laaa pintu depan Masjid India.... tapi jangan korang anggap takde orang yang beribadat disini... kalau dh cukup waktu tu.. sini laaa paling ramai umat manusia yang mengatakan dirinya Islam menghambakan dirinya kepada Yg Maha Esa...

Aku rasa cukup laa untuk episod harie niee duluu.. ada banyak lagi tempat yang akan kiter lewati nanti di kemudian hari.... seperti "Gambier Road"....... Pasar Satok dan yang lain2 lagii... T.T.F.N ( Ta Ta For Now )........... Assalamualaikum....

Jumaat 10 Julai 2009 Hari Ini Dalam Sejarah 2

Friday, July 10, 2009 0 comments

Assalamualaikum.... Selamat harie Jumaat!!!


Kebarangkalian otak aku berfungsi dengan baik harie nie mungkin disebabkan suasana ditempat aku mengarang skang nie sunyi sepi....

Jadi episod khas seterusnya aku bawak untuk korang harie ini adalah peristiwa2 yang berlaku pada hari2 dalam seminggu.....

Adapun peristiwa yang berlaku pada hari yang tujuh itu:

AHAD

a) Allah menjadikan alam.
b) Allah menjadikan bintang-bintang.
c) Allah menjadikan api neraka.
d) Allah menjadikan bumi yang tujuh.
e) Allah menjadikan lautan yang tujuh.
f) Allah menjadikan anggota manusia yang tujuh.
g) Allah menjadikan hari yang tujuh.


ISNIN

a) Nabi Idris dinaikkan Allah ke langit.
b) Nabi Musa mengunjungi Bumi Tursina.
c) Bukti ke Esaan Allah diturunkan.
d) Junjungan besar Nabi Muhammad SAW dilahirkan.
e) Wahyu pertama diturunkan pada Nabi Muhammad SAW.
f) Rasullullah wafat.


SELASA

a) Nabi Yahya dibunuh.
b) Nabi Zakaria dibunuh.
c) Tukang-tukang sihir firaun ditewaskan.
d) Asiah isteri Firaun dibunuh.
e) Lembu kaum Bani Israel dibunuh.
f) Habil dibunuh oleh Qabil.


RABU

a) Qarun hancur binasa.
b) Firaun dan tenteranya hancur binasa.
c) Raja Namrud ditewaskan nyamuk.
d) Umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakkan keras Malaikat Jibril.
e) Syadad bin Ad musnah.
f) Umat Nabi Hud dihancurkan Allah dengan taufan.


KHAMIS

a) Nabi Ibrahim memasuki kerajaan Mesir.
b) Saudara-saudara Nabi Yusuf menemuinya.
c) Bunyamin mengunjungi Nabi Yusuf di Mesir.
d) Nabi Yaakob bertemu dengan anaknya Nabi Yusuf di Mesir.
e) Nabi Musa memasuki Mesir.
f) Nabi Muhammad s.a.w memasuki Mekah.


JUMAAT

a) Nabi Adam berkahwin dengan Hawa.
b) Nabi Yusuf berkahwin Zulaikha.
c) Nabi Yusuf berkahwin dengan Siti Safurah anak Nabi Syuaib.
d) Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis.
e) Rasullullah berkahwin dengan Siti Khadijah dan juga Aisyah.
f) Ali bin Abu Talib berkahwin dengan Fatimah.


SABTU

a) Nabi Nuh diperolok oleh kaumnya.
b) Nabi salleh ditipu oleh umatnya.
c) Nabi Yusuf ditipu umatnya.
d) Nabi Musa ditindas Firaun.
e) Nabi Isa diperdayakan oleh kaum Yahudi.
f) Nabi Muhammad s.a.w menjadi pengerusi di sidang Darul Nadwah.

Jadi korang renung renungkan lah yerrr.... jangan luper plakk Solat Jumaat.. aku dhh nk balik dh nieee.... nk besiap2kan diri menghadap Yg Esa....... Salammmmmm.....


Selasa 7 Julai 2009 Bulan Islam....

Tuesday, July 7, 2009 0 comments

Assalamualaikummm....


"Dalam diam aku menaep dan secara otomatik aku berbicara... walaupun mulut ku tekumat kamit aku bukannya membaca mantera.. tetapi turut mengikut rentak jari jemari ku yg memainkan peranannya utk mengikut kehendak kepala otak ku... berhenti artinya tak ada idea la tuu.. Kalau berterusan ianya membawa mindaku begerak maju... .. tanpa malu... melebihi had laju.....kalau korang nk tau.... itu laa aku... merapu.." heheee... tu sedutan bagi Novel aku yg mendatang... "Aku Pemalu"... Limited Edition.. Kaler Metalik.. ada lampu LED dkt tepi2 buku... korang beli laaa yerrr....



Ok la dari cerita kerapu kiterr.. Aku nk gerakkan pemikiran korang untuk mengetahui sejarah2 Bulan Islam... Itu aku nk kongsi dgn korang la nieee.. Yang di bawah nie adalah asal usulnya Bulan Islam yg kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi.. Nama2 tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut... Walaubagaimanapun.. (aku dh serious dh niee).. oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini..... Sejauh mana kebenarannya hanya Allah saja yg Tahu......


1. Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)

Bulan ini mengambil perkataan “Haram” yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

2. Safar (ﺻﻔﺮ)

Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

3. Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)

Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.

4. Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/’ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)

Bulan kedua musim bunga.

5. Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ)

Bulan pertama musim panas. “Jumada” bermaksud kering.

6. Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)

Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

7. Rejab (ﺭﺟﺐ)

o Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.

8. Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)

Bulan ini terbit dari perkataan “syu’ba”, bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

9. Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ)

Diambil daripada perkataan “ramda”, yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

10. Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)

Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

11. Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)

Diambil daripada perkataan “qa’ada” bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

12. Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)

Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan “haji” sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

~info nie aku ambik dr wikipedia~.....


Wallahualam..........


Aku blahh duluuu.... jumper lagi sok... peace n harmony....!!
Assalamualaikum..





Selasa 30 Jun 2009 Hari Ini Dalam Sejarah

Tuesday, June 30, 2009 0 comments


Assalamualaikum..

Korang minat sejarah ke tak...? aku minat laa jugak... aku tau banyak lagi org tak tau asal usul kuching nie.. So ari nie aku citer sket pasal sejarah Kuching la yerr.. Bukan kucing yg korang pelihara tu.. nie Bandaraya Kuching... Dan bukan jugak Dewan Bandaraya Kuching...... Dh sedia ke blom.. aku dh nk mula dh nie...

Permulaan citer

Untuk dijadikan sejarahnya menurut sumber alam yang di perolehi.. penamaan Kuching nie sebenanya datang dari nama sebatang sungai kecil yang mengalir di antara Muzium Cina dengan Kuil Tua Pek Kong.... yang ada di waterfront tuu.. Tapi sungai nya skang nie takde lagi dh.. sebab dh di litupi oleh batu batan..... sambong citerr, dan penamaan Sungai Kuching nie plak kebarangkalian memperolehi namanya daripada Kuching Hutan yang kerap menghampiri sungai tersebut yang mana bukan secara kebetulan sungai tersebut juga berhampiran dengan sebuah bukit yang banyak ditumbuhi oleh pokok.... pokokk apaa? cuba korang teka??...Pokok togeyyy? korang silap.. Ia adalah pokok Buah Mata Kucing dan lantaran itu juga bukit tersebut dipanggil Bukit Mata Kucing... Tu maseh lagi sampai skarang nie.. yang korang lepak makan di Bukit Permata tu.. situ laaaa... Nanti aku bawak korang lepak situ plak... Bebalik cerita ceriti kiter..

Bagaimanapun untuk makluman sekalian bukti2 lama menunjukkan bahawa Kuching telahpun dikenali dengan nama tersebut semenjak datangnya Pengembara Inggeris yang korang kenali sebagai JAMES BROOKE dalam tahun 1839 lagi dan bukannya James Kemut.... Cewahhh bunyi macam ahli kelab sejarah jer aku nie... makasehh.... Untuk mengkompiuskan korang lagi ada pendapat lain mengatakan pada zaman pemerintahan BROOKE, Kuching memainkan peranan penting dalam aktiviti perdaganagn Indo-China serta Asia Pasifik. Kedudukan Kuching yang terletak di selatan kepulauan Borneo merupakan kedudukan satu lokasi strategik bagi dijadikan pelabuhan persinggahan oleh pedagang2.. Indo-China. Sebab itu laaa ada teori mengatakan bahawasanya BROOKE mengambil nama Kuching dari perkataan "Cochin" yang membawa maksud pelabuhan.... Gitu laaa serba sedikit maklumat yang boleh aku ketengahkan.. yang tak di tengah tu kuketepikan laa yerrr.. Selamat Datang Ke Cochin Sarawak...... Peace..

"Pemandangan Kuching pada Awal Kurun Ke 1839"

Website counter