About

Assalamualaikum.. Hi! Check it out!!!!! welcome to my new Blog World !Well, not exactly new, it’s still me.. In case you haven't noticed this entire website has been completely reworked and redesigned thanks to me.. :) This has been quite a learning experience, designing this site and getting it up and running. Jumping over from my old home at Blogger was a little bit scary, but it has been a lot of fun. I hope you enjoy and like it as much as I do!!! Peace! Now Let me take you for a tour of all the cool stuff (or I think it's cool anyway) Come on in and have a look around! Read more about me »

Kool Biz City

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit Featured Work

Keep in touch

RSS Feed Twitter Facebook

Subscribe via email

Tok Ku Ngaja Kitak Orang Kelaka Serawak!!

Thursday, January 14, 2010 0 comments




Yo boseyo Ahn nyeong ha seh yo? (hello How are you?) heheee.. yang tu bukan bahasa Sarawak harap ambik perhatian ek..  Yang tu Korean Style! Nanti la aku buat kelas malam tok korang. Bayaran blakang kire.. ;) 


Ohait... ari nie Cikgu Kassim baru masok kelas so kelas bahasa kiter seperti biasa laa akan mula pada bila-bila masa dari sekarang.. 

Korang paham tak Tajuk kiter hari nie? TOK KU NGAJAR KITAK ORANG KELAKAR SARAWAK! kalau disalah artikan nya dalam bahasa melayu maksudnya = ATOK AKU AJAR KITA ORANG JENAKA / LAWAK SARAWAK! Tu salah dari segi penafsiran bahasa. Dalam Kontek lens pulak hehe...  tu dah keluar tajuk da.. Maksud sebenar benarnya =JOM AKU AJAR KORANG CAKAP SARAWAK! K dah dapat..


Perkataan Yang Patut Korang Tau!
Orang Sarawak Kata!



Dudi = Nanti

Ari = Hari

Marek = Kelmarin

Dolok = Dulu

Tukuk = Ketuk

Paluk = Pukul

Tikam = Baling/Lontar

Gelik = Geli

Debah/Dibah = Bawah

Motor = Kereta

Gia = Macam tu

Kembang = Bengkak

Ceridak = Tak terurus

Somet = Misai/Kumis

Gap/Ngesep = Kemas/Smart

Segel = Fesyen Rambut

Sunsong = Baki

Neriak/Nerais = Teriak/Jerit

Plentey = Gurau

Tingal = Tak Dengar Kata

Ngambor/Mengarei = Bersepah
Jeraya = Jalan Raya

Ngegeh = Gedik

Nekik = Panjat

Padong = Atap/Bumbung

Geruk = Leher

Lejuk = Jemu

Kamboh = Kecoh/Bising

Berayi = Rindu

Mancal = Nakal

Rindok = Gembira

Suk = Gembira/Suk

Tandak = Menari

Layap = Leka

Gurin = Baring

Riso = Bingung/Risau

Kamah = Kotor

Kemaik = Kotor

Congek = Crybaby

Kelat = Mengantuk

Monyeng = Comot

Kesak = Kerengga

Bisak = Koyak

Meransak = Tersedak



So dah paham ke? Kalau nak faseh lagi tuh karang bleh la tanya aku dalam Press Conference nanti.. Huhhuu.. sapa la aku nak di press konferen kan... kalu nk press up tu ble laa ekk.. heheheee...  Ok jadi skang nie Korang bleh la cuba-cube cakap dengan kawan ke sedare mare, family ke... dan bleh cakap sorang-sorang dalam bilik air, dalam kete ke... aku tak kesah.. asalkan korang utamakan kesihatan dan keselamatan korang.. 


Ok.. paham sumer murid-murid.. mata cikgu dah kelat dah nie.. Haah tak caye kee? Cikgu  tengah gurin gurin dah nie.. Meransak ke cekgu cakap macam tu?? Heheheheee.. tu contoh dari sebahagian dari pembelajaran kiter.. So sampeykan salam dari cikgu Kassim!!


Assalamualaikum!!!! 
Keep It Peace Kool N Harmony!!


Heyo!! I'm Back To The Blog!

Friday, January 8, 2010 0 comments

Assalamualaikum.. Kabare korang sekampong! Lama sungguh kiter tak bersua ...Sihat kerr! Aku sihat jerr walaupun dh lama dh bertapa! 1, 2, 3, 4, 5, emmm 6 bulan dh aku mengurungkan diri tanpa sebarang post... Tapi tu rekod aku pecahkan tok tahun lepas.. Kire halal jew laa ekk.. bukannya aku buat dosa pun... Tahun baru nie aku berazaman  (cantek bahasa) nak pecahkan apa-apa benda yang mudah pecah..hehhh..


Korang perasan tak perubahan pada blog aku nie? bukan aku..  walaupun aku dah banyak dah berubah dari segi berat badan tapi masih jugak bukan citer pasal perubahan aku.. nie aku nak cakap pasal blog aku. k.. mmmm.. macam-macam kaler ade ekk.. macam lampu lip lap lip lap pun ada gak rasenye. Inilah dikatakan perubahan drastik pada blog seorang remaja belia. Seh remaja ke aku nie..  huhuuuu... pasan je lebihh...

Bukan mudah nak membuat pembedahan plastik nie.. rumit tu rumit la jugak.. tu laa ambil masa 6 bulan tuhhh!! huihhhhh lamerrr nyerrrrr!!! (senanya aku baru jer buat perubahan dalam 2 minggu nie..) :) peace pok!! Ongkosnya gak payah dikeluain uangnya.. semuanya percuma gitu.. Cuma tenaga batin diperlukan.. dasat.... 


Jika korang perhatikan di sbelah kiri banyak linkking (cantek bahasa2) yang best-best bagi aku untuk korang.. banyak lagi sebenanya.. jadi korang kene sabar laa semenet ekk.. aku akan sertakan download link dari masa ke semasa ke semasang! (cantek bahasa3)  dan juga akan buat satu list ebook free untuk tetamu VVIP..  sapa tuhh?? heheh.. hanya Tuhan jew tau.. VVIP tu sendiri akan Tau juga la nanti kalu di bagitau.. tau takpe..


Disini jugak aku sertakan sait-sait (cantek bahasa4) yang boleh di percayai dari segi mutu, samy, keunggulan dan ganesannya!.. Tak caye korang cube try test sendiri.. Yang ada setakat nie aku sertakan yang terdapat di Malaysia dan luar negara yang menerima keahliannya seluruh negara..



Ok tu tok bahagian marketing!! Untuk bahagian makan and eating! aku takkan lupa.. hahaahaaaa..... Aku dh buat listing and marking!! smpai pening-pening .. Tungguuuu!! episod nya dalam Nur Kasih!! ishhh korang minat ke citer tuhh.. aku tak penah tengok punn.. nanti laa..


Aku rase nak buat pit stop kat sini dulu laa.. korang boleh laa jalankan land and survey sendiri ekk.. bukan susahpunn.... K..   jadi sampai disini saja hujah saya untuk hari ini.. sampai ketemu lagi dalam episod yang akan datang..


Peace, Kool N Harmony!!





Jumaat 24 Julai 2009 KukuKU..

Friday, July 24, 2009 0 comments

Bissmillahirahmanirrahimmm....



MEMOTONG KUKU FITRAH RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM

Menurut Kamus Dewan, kuku ialah selaput atau bahagian keras yang tumbuh pada hujung jari manusia, benda keras yang menganjur yang tumbuh pada hujung kaki binatang (ada yang besar dan ada yang panjang dan tajam).

Kuku yang diciptakan Allah Subhanahu wa Ta'ala mempunyai peranan dan kepentingannya yang tersendiri kepada manusia. Dalam hukum Islam, kuku berperanan dalam beberapa perkara hukum yang tidak seharusnya diabaikan oleh umat Islam. Walaupun ia dilihat hanya seolah-olah perkara kecil, namun kadang-kadang ia adalah perkara besar, sebagai contoh ketika seorang yang masih dalam ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong kukunya. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sah wudhu atau mandi junub, jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku.

Beberapa permasalahan yang berhubungkait dengan kuku dari segi hukum, hikmat memotong kuku, memnajangkan dan mewarnakannya

1. Hukum Dan Hikmat Memotong Kuku

Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari 'Aisyah Radhiallahu 'anha yang maksudnya:

"Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah): memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: "berkata Mus'ab: "Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur." (Hadis riwayat Muslim)

Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan atau kaki. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku ialah menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku, yang mana kotoran tersebut boleh menghalang sampainya air ketika bersuci

Selain daripada itu, jika kuku itu pula dibiarkan panjang dan segala kotoran atau najis melekat di dalamnya, nescaya ia boleh menjejaskan kesihatan


2. Cara Dan Benda Untuk Memotong Kuku

Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.

Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.

Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.

Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisau atau benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari sepertimana yang dikenali sebagai alat pemotong kuku.

Setelah selesai memotong kuku, sayugia segera membasuh tangan (tempat kuku yang telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaru pada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta.

Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit kusta.


3. Waktu Memotong Kuku

Dalam perkara memotong kuku, waktu juga diambil kira dan diambil perhatian dalam Islam. Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang kuku tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi janganlah membiarkan kuku tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :

"Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam."(Hadis riwayat Muslim)

Adapun menurut Imam asy-Syafi'e dan ulama-ulama asy-Syafi'eyah, sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma'at, sebagaimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Juma'at.

Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu 'anhuma berkata yang maksudnya :

Maksudnya: "Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: "Sesiapa yang mandi pada hari Juma'at, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa sahaja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Juma'at itu dan Juma'at sebelumnya.
(Hadis riwayat Ahmad)


Daripada Abu Hurairah katanya yang maksudnya :

"Bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam memotong kuku dan mengunting misai pada hari Juma'at sebelum Baginda keluar untuk bersembahyang."
(Riwayat al-Bazzar dan ath-Thabrani)


Sementara menurut Ibnu Hajar Rahimahullah pula, sunat memotong kuku itu pada hari Khamis atau pagi Juma'at atau pada hari Isnin.


4. Menanam Potongan Kuku

Islam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam termasuk memuliakan anggota badan manusia. Potongan-potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya, kerana ia salah satu daripada anggota manusia. Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawa Ibnu 'Umar Radhiallahu 'anhu menanam potongan kuku.


5. Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub

Menurut kitab Al-Ihya', jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.


6. Memanjangkan Kuku Dan Mewarnainya (Cutex)

Tabiat memanjangkan kuku dan membiarkannya tanpa dipotong adalah perbuatan yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihhi wasallam, kerana Baginda menggalakkan supaya memotong kuku. Jika dibiarkan kuku itu panjang, nescaya banyak perkara-perkara yang membabitkan hukum seperti wudhu, mandi wajib dan sebagainya.

Adapun dalam hal mewarnai kuku (cutex), perempuan yang bersuami adalah haram mewarnai kuku jika suaminya tidak mengizinkan. Sementara perempuan yang tidak bersuami pula, haram baginya mewarnai kuku. Demikian juga jika pewarna itu diperbuat daripada benda najis adalah haram digunakan melainkan ada hajat seperti berubat.

Jika pewarna kuku itu boleh menghalang daripada masuknya air, maka wajiblah ditanggalkan pewarna tersebut. Jika tidak ditanggalkan ia daripada kuku tangan atau kaki, maka tidaklah sah wudhu apabila dia berhadas kecil, atau mandi wajib apabila dia berhadas besar iaitu haid, nifas atau junub.

Hal ini berbeza pula dengan berinai, kerana perempuan yang bersuami atau perempuan yang hendak berihram sunat baginya berinai atau berpacar. Walau bagaimanapun cara berinai yang disunatkan itu ialah dengan menggunakan daun inai pada seluruh dua telapak tangan hingga ke pergelangan tangan. Disunatkan juga menyapukan sedikit inai kemuka, sebab ketika ihram, perempuan disuruh membuka muka dan kadang-kadang kedua telapak tangannya akan terbuka. Maka dengan berinai itu akan menutupi warna kulit tangan dan muka.

Adapun perempuan yang tidak bersuami, adalah makruh berinai (menginai seluruh dua telapak tangan hingga ke pergelangan tangan) tanpa ada sesuatu sebab keuzuran dan tidak pula bermaksud untuk melakukan ihram. Ini kerana ditakuti akan menimbulkan fitnah.

Sementara cara berinai dengan hanya menginaikan hujung-hujung jari sahaja dan membuat ukiran-ukiran tertentu adalah tidak dianjurkan, bahkan haram hukumnya berbuat begitu. Akan tetapi diharuskan bagi perempuan yang bersuami berinai dengan cara berkenaan dengan syarat ada keizinan daripada suami. Ini memandangkan ada tujuan isteri berhias untuk suami. Jika tanpa ada keizinan suami maka hukumnya tetap haram.

Manakala hukum berinai bagi kaum lelaki pada dua tangan dan kaki adalah haram. Sebagaimana diriwayatkan oleh Anas bin Malik katanya yang maksudnya :

"Bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam melarang kaum lelaki memakai za'faran (kuma-kuma)."
(Hadis riwayat Muslim)

Tambahan lagi, perbuatan berinai pada tangan dan kaki itu terdapat di dalamnya unsur-unsur menyerupai cara kaum wanita berhias. Akan tetapi jika lelaki itu berinai kerana ada keuzuran iaitu ada keperluan atau hajat seperti untuk berubat, tidaklah diharamkan malahan tidak juga dimakruhkan ke atasnya berinai

Wallaualam.............

Website counter