Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh............... Konichiwa!!!!! Lama dh aku tak mengoblog kan.... biasa laa orang macam aku nie biase nyer banyak keje... artiss laaa katakan... banyak buat keje amal kebajikan untuk boss....
Kalau korang nk tau.. aku dalam bulan nie dan jugak bulan depan akan ditimbunkan dengan keje2 yang amat memenatkan daya ingatan aku.. otak aku laa tuu..takkan laa otak bos aku plakk.. die tak pelu guna otak pun... main sebut jeeer... tu laaa pengaroh seorang yang bernama BoSSSaNNN!! aku jugak yang kene buat.. ishhh ishh ishh.. dh tugasan kiter.. ikut jerr laa ekk.. emmmm.... ye laa tuu..
Tugasan aku... buat "company profile", "brochure", "Product Catalogue", Poster, "Business Card" dan ada lagi yang akan.diberitau last minute.. tu yang best tuu... keje yang diberi last minute..tapi mesti disiap ari tu jugakk.. best kann.. huhhhhhhh!!!!!!... keje aku tu banyak guna otak... ye laaa. nk buat design tuu.. bukan main tampal je kann.. pelu daya imaginasi yang kowat... kalau "imagine" yang selain dari tuu tak pelu nk perahkan otak sangatpunn.. otomatik jerrrr... korang main klik jer episod yang korang suke.. pufff!!!! pandai2 laa korang... korang dah besar.....tu blom lagi yang kene reject!!! kalau reject shop barang2 tu bleh laa nk jual lagi korang ble beli... nie kene reject.. hapus, "vanish!!!!".. hilangg.. tak diguna pakai punn... buat baru... kan keje naye jerr tuu..... sape yang susahhh... akuuuu jugakkk... korang senang jerr....
Bos aku takde, dia mee eating kat KL.. jadi... aku berehat japppp... rehatkan saluran darah otak aku... lega laa jugakk.. ye laa kalau bos ada.. harie2 die tengok keje kiterrr... dudok sbelah lagi tuu... tak kosentret laa aku macam tuu.... suruh die buat sendiri, dia tak reti... makan roti free tuu suke... hari2 makan free.. nama jer boss... bosssann laa aku macam tuu... aku bukan laaa nak komplen pasal bos aku.. dan aku takde laa cakap tak suka dengan bos aku.. cumee aku tak suke dengan sikap dia je laaa....aku senanye.. aku ada 2 orang bos besa... BoSSy & BoSSann... Yang petama tu memang pun badan nya besa jugak.. kene laa tu.. yang aku tak berapa minat tuu yang kedua... Si BoSSannn... dia nie ciri2 nya yang aku tak berapa sangat nk bekenan tuu... dia nie seorang yang pentingkan diri sendiri berbanding dengan memberi perhatian dengan pekeja2 nya... asalkan dia selamat ok laa tuu.. takde laa nk betanyaa masalah kiter ke apa....... satu lagi tu.. selalula sangat2 nk mintak makanan dengan pekeje.. dan aku tak penah laaa walau sekali pun tengok dia bawak makanan,ke apa2 laa kepada pekeja2nyaa.. bos besa tu ada laaa jugak bawak makan.. tpi yang si BoSSann niee... aku bukan laa nk mintak makanann ke nak mintak suap ke... tpi.. cuba2 laa hargai pekejaaa.. kalau dh ke luar negeri tu.. bawak laa ole2 ke untuk pekeje2 niee.. bukan nk mintak tiap2 kalii.. kalau gitu bankrap laa jugak kan.. sekurang2nya sekali tuu cukup laaaaa..... biar pekeje tuu rasa mereka nie dihargaii oleh majikannya.. Ada sekali tu, aku blom masok keje sini lagi.. masa miting tu.. ade ke patut dia cakap pekeje itu sebagai liabiliti dan bukan nya sebagai aset Syarikat.. kalau semua nya pekeje jadi liabiliti.. salah siapa? dan yang bekeje dh sampai 4 -5 tahun tu dianggap liabiliti jugak ke? patut ke? dia nie faham ke buta huruf kee buta hati ke....ke ke ke ke ke????? tak paham la aku.... dibawah nie adalah penerangan mengenai pekeje.... harap sesiapa yang baca nie paham laa yerr....
Pekerja adalah aset terpenting dalam sesebuah perniagaan hanya jika pekerja ini pekerja yang komited dan diletakan di tempat yang betul.
Jika pekerja bagus, diletakan di tempat yang tidak betul. Ini liabiliti.
Jika pekerja tak bagus, sudah tentu ini juga liabiliti.
Jika pekerja tak bagus, diletakan pula di tempat yang tidak betul. Ini liabiliti berganda.
Jadi kita perlukan pekerja yang bagus dan diletakan di tempat yang betul. Ini 'aset paling berharga' yang dimaksudkan
Setiap perniagaan, mempunyai cara menilai pekerja yang berlainan. Proses ini akan memakan masa.
Biasanya, sewaktu mengambil pekerja baru, kita akan memberi tempoh percubaan untuk 3 bulan dan lihat bagaimana pekerja ini bekerja, berkomunikasi, menepati masa, menerima kritikan dan sebagainya.
Jika anda rasa pekerja ini bagus. Tawarkan pekerjaan.
Jika anda menilainya tidak bagus. Tamatkan perkhidmatannya pada waktu ini juga. Ini adalah waktu terbaik untuk menamatkan perkhidmatan pekerja. Ini untuk kebaikan kita dan kebaikan pekerja itu sendiri.
Membuang pekerja yang sudah lama berkhidmat dengan perniagaan kita adalah tidak baik untuk perniagaan kecuali dalam keadaan terdesak.
Kita ambil contoh Leman Kunin seorang mekanik. Katakan dia telah bekerja dengan syarikat "Ah Chong Motosikal". Dia sudah bekerja di syarikat ini selama 5 tahun. Jika hari ini Leman Kunin ditamatkan perkhidmatannya. Mari kita lihat situasi Ah Chong sekarang...
- Ah Chong rugi wang, masa dan tenaga yang telah dicurahkan untuk melatih Leman Kunin dalam tempoh 5 tahun ini. Segala kemahiran yang ada pada Leman Kunin bukan lagi milik Ah Chong sekarang. Ah Chong rugi.
- Ah Chong perlu mengambil pekerja baru. Pekerja baru ini perlu dilabur dengan masa, wang dan tenaga untuk diajar dan dimahirkan. Ah Chong rugi.
- Leman Kunin mungkin akan bekerja dengan syarikat pesaing Ah Chong. Secara langsung, apa-apa ilmu yang ada pada Leman Kunin mengenai rahsia perniagaan Ah Chong akan terdedah. Ah Chong rugi.
Kesimpulan = Ah Chong rugi.
Adalah bagus jika kita dapat menilai samada pekerja ini bagus dan tidak bagus sejak dari awal lagi. Kita wajib menilai pekerja ini dalam tempoh 3 bulan pertama tersebut.
Mengendalikan pekerja adalah seperti seorang bapa mendidik anak kecil.
- Jika pekerjaan di buat dengan baik. Berikan pujian.
- Cabaran bekerja dihadapi bersama. Sentiasa berikan sokongan dan dorongan.
- Jika ada kesalahan. Beri teguran dan nasihat dengan baik. Faham kelemahan dan kelebihan pekerja anda. (Tidak ada manusia yang sempurna)
- Letakan sedikit jurang antara anda dan pekerja.
Kesemua perkara di atas akan menghasilkan pekerja yang :-
- mengambil lebih banyak inisiatif.
- sayang dan taat kepada syarikat.
- berani mengambil risiko.
- menghasilkan hasil yang lumayan untuk perniagaan.
- menghormati anda.
Pekerja adalah aset terpenting sesebuah perniagaan bukan saja bergantung kepada pekerja tersebut tetapi juga bergantung anda sebagai usahawan yang mengendalikan mereka.
Jadi salah siapa kah ini.........?? Jin?? Haiwan??? Tumbuh tumbuhannn?? manusia laa tu kann... OK laaa stakat nie laa luahan seorang pekeje yang tak berapa sangat dihargai... Kepada Boss aku nk mintak maap.. peace!!!! heheheee.......
0 comments:
Post a Comment
PADAH JAK PAPA.. KU X HERAN!!!