About

Assalamualaikum.. Hi! Check it out!!!!! welcome to my new Blog World !Well, not exactly new, it’s still me.. In case you haven't noticed this entire website has been completely reworked and redesigned thanks to me.. :) This has been quite a learning experience, designing this site and getting it up and running. Jumping over from my old home at Blogger was a little bit scary, but it has been a lot of fun. I hope you enjoy and like it as much as I do!!! Peace! Now Let me take you for a tour of all the cool stuff (or I think it's cool anyway) Come on in and have a look around! Read more about me »

Kool Biz City

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit Featured Work

Keep in touch

RSS Feed Twitter Facebook

Subscribe via email

Selasa 7 Julai 2009 Bulan Islam....

Tuesday, July 7, 2009

Assalamualaikummm....


"Dalam diam aku menaep dan secara otomatik aku berbicara... walaupun mulut ku tekumat kamit aku bukannya membaca mantera.. tetapi turut mengikut rentak jari jemari ku yg memainkan peranannya utk mengikut kehendak kepala otak ku... berhenti artinya tak ada idea la tuu.. Kalau berterusan ianya membawa mindaku begerak maju... .. tanpa malu... melebihi had laju.....kalau korang nk tau.... itu laa aku... merapu.." heheee... tu sedutan bagi Novel aku yg mendatang... "Aku Pemalu"... Limited Edition.. Kaler Metalik.. ada lampu LED dkt tepi2 buku... korang beli laaa yerrr....



Ok la dari cerita kerapu kiterr.. Aku nk gerakkan pemikiran korang untuk mengetahui sejarah2 Bulan Islam... Itu aku nk kongsi dgn korang la nieee.. Yang di bawah nie adalah asal usulnya Bulan Islam yg kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi.. Nama2 tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut... Walaubagaimanapun.. (aku dh serious dh niee).. oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini..... Sejauh mana kebenarannya hanya Allah saja yg Tahu......


1. Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)

Bulan ini mengambil perkataan “Haram” yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

2. Safar (ﺻﻔﺮ)

Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

3. Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)

Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.

4. Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/’ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)

Bulan kedua musim bunga.

5. Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ)

Bulan pertama musim panas. “Jumada” bermaksud kering.

6. Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)

Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

7. Rejab (ﺭﺟﺐ)

o Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.

8. Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)

Bulan ini terbit dari perkataan “syu’ba”, bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

9. Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ)

Diambil daripada perkataan “ramda”, yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

10. Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)

Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

11. Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)

Diambil daripada perkataan “qa’ada” bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

12. Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)

Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan “haji” sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

~info nie aku ambik dr wikipedia~.....


Wallahualam..........


Aku blahh duluuu.... jumper lagi sok... peace n harmony....!!
Assalamualaikum..





0 comments:

Post a Comment

PADAH JAK PAPA.. KU X HERAN!!!

Website counter